Debaran...
Dap Dip Dup....
Berdebar-debar jantung Ai.. Satunya risau memikirkan pasal nak lapor diri kat Putrajaya, pukul berapa nak keluar rumah untuk elak daripada jem?? Keduanya fikir kat mana la Ai akan ditempatkan??
Malamnya Ai xboleh nak tdo.. Akhirnya pepagi semalam kami (my hubby la jadi driver Ai) keluar pukul 7.15 pagi dan sampai di Putrajaya pada pukul 7.40 pagi.. Alhamdulillah, perjalanan kami lancar mungkin kerana kami bertolak awal..
Petangnya Ai dah start rasa sakit kepala (angin sebab xmakan pagi).. And sebelum balik Ai dapat surat arahan melapor diri di Jabatan Pendidikan Wilayah Kuala Lumpur (JPWKL).. Then kat sana nanti barulah Ai dapat tahu penempatan sebenarnya.. So balik dari taklimat di Putrajaya, Ai terus ajak HM pergi cari JPWKL yang berada di Persiaran Duta..
Nota Jari: Hehehehe.. Nasib baik kamera hanya boleh merakam pic, kalau x mesti kengkawan akan bau minyak cap kapak.. Coz Ai pening sangat & kembung perut masa ni...huhuhu..
0 ulasan