Kain Buruk...

by - Friday, December 28, 2012

Baru-baru ni Ai ada dapat email Borang Soal Selidik daripada Calon Ijazah Sarjana Sains Perakaunan seperti dibawah:-


Tuan / Puan yang dihormati,
Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan telah dipilih sebagai salah seorang daripada responden bagi kajian peringkat sarjana ini. Justeru, saya mohon jasa baik tuan/puan untuk mengisi borang soal selidik ini dengan ikhlas, jujur, dan bertanggungjawab.
Tujuan soal selidik ini adalah untuk mendapatkan pandangan tuan/puan terhadap tahap keberkesanan Unit Audit Dalam (UAD) di Kementerian atau Jabatan Kerajaan Persekutuan Malaysia dan faktor-faktor yang dapat membantu meningkatkan keberkesanannya. Maklumat daripada tuan/puan adalah amat bermanfaat demi mengenal pasti tahap keberkesanan Unit Audit Dalam (UAD) di Kementerian atau Jabatan Kerajaan Persekutuan Malaysia.
Walaupun Ai dah meninggalkan kerjaya sebagai auditor (kerani) tapi Ai masih menyayanginya (kerjaya auditan).. But Ai xpasti lagi nak respons soal selidik tu ke tak coz Ai kan dah xde kena mengena dengan audit.. huhuhu.. Berikut adalah cadangan Ai berkaitan soal selidik tu..

1. Audit Dalam sesuatu organisasi akan lebih berkualiti sekiranya ditadbir / diketui oleh pegawai yang berpengalaman dalam bidang pengauditan. 
2. Memiliki sijil profesional bukanlah jaminan Audit Dalam akan lebih berkualiti kerana terdapat pegawai yang memiliki sijil tersebut atas sokongan ketua jabatan dan bukan dengan mengambil ujian. 
 3. Mengenai latihan yang mencukupi; Audit Dalam IPTA telah mewujudkan Jawatankuasa Latihan Audit Dalam IPTA (diketuai oleh Pn. Naemah, Ketua Audit Dalam UIA) yang berfungsi merangka latihan untuk kakitangan audit dalam IPTA, perkongsian maklumat, perbincangan dan merancang aktiviti/menyelaras fungsi Audit Dalam IPTA. 
4. Organisasi tidak perlu mengeluarkan pekeliling dalaman tentang tempoh untuk menjawab Pemerhatian Audit yang dikeluarkan oleh UAD sekiranya fungsi Audit Dalam difahami oleh semua kakitangan di setiap organisasi. Hal ini boleh dirujuk pada Surat Pekeliling Am bilangan 3 Tahun 1998 & Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 9 Tahun 1993. 

Last week KBTB mesej Ai tanya pekeliling apa yang memberi kuasa kepada audit dalam & siapakah ahli untuk Jawatankuasa Audit.. So Ai reply la, suruh refer pekeliling di atas.. Ai story kat my hubby. HM kata; "buat apa sayang reply mesej dia?? Dia kan 10 tahun pengalaman audit, takkan benda tu pun tak tau & nak kena tanya sayang yang takde pengalaman ni??".. HM bercakap dengan penuh rasa geram.. hahaha.. 

Bagi Ai, itulah bezanya antara Ai dan KBTB.. Ai mula bekerja ketika UAD hendak ditubuhkan.. So Ai perlu faham & tau dari mana sumber kuasa untuk UAD bergerak dalam organisasi.. Ai buat kertas kerja penubuhan UAD dan perlantikan jawatankuasa.. (PBMiK gunakan kertas kerja Ai & edit sesikit je).. Sedangkan KBTB pula, berpengalaman bekerja di dalam organisasi yang dah sedia wujud UAD.. Tak pe lah, hal tu dah berlalu pun.. Selama ni, Ai la sumber dorang rujuk hal pekeliling.. Lelepas ni, pandai-pandai la cari sendiri hal pekeliling ye.. Ai dah takde kena mengena dengan pengauditan.. Masa Ai ada, KBTB kata Ai tak pandai buat kerja dan macam-macam lagi.. Tapi bila Ai dah tak de, baru nak sedar ada perkara yang Ai pandai buat, kan.. huhuhu..



Nota Jari: Jangan anggap Ai umpama kain buruk, walaupun tak sudi pakai di badan tapi tetap digunakan untuk mengelap.. huhuhu..

You May Also Like



0 ulasan