Ketentuan Illahi....

by - Sunday, December 16, 2012


Ya ALLAH,
Inginku titipkan perancangan azamku pada-Mu...
Ku serahkan hamparan notaku pada-Mu...

Namun aku sering terlupa suatu perkara...
Iaitu Kau berhak memadamkan rancangan ku,
Sekiranya ianya tidak sesuai denganku..


Ya ALLAH,
Aku menangis setiap kali, rancanganku tidak menjadi...
Apa yang kuharapkan tidak akan datang pada masa yang aku mahukan...

Namun Kau sering berikannya pada masa yang sesuai..
Iaitu disaat ku benar-benar perlukannya..
Kerana Kau lebih mengetahui apa yang terbaik untukku..

Ya ALLAH,
Kurniakanlah ketabahan IMAN kepadaku...
Jauhkanlah aku daripada hanyut dalam kekecewaan...

Amin.. Amin... Amin..

You May Also Like



0 ulasan