Friend Finder...
Ada tak kengkawan yang pernah menggunakan perkhidmatan 'friend finder' yang disediakan oleh syarikat telekomunikasi (maxis or digi, celcom xpasti ada x aplikasi ni) talian telefon mudah alih kengkawan?? (Errmmm..Apsal ter'skema' sangat ayat ni!!.. hahaha..) Fungsi utamanya adalah untuk menjejak lokasi rakan si pengguna..
Sebenarnya, Ai sangat kerap menggunakan aplikasi ni.. Dengan aplikasi ni, Ai dapat menjejak kedudukan HM.. Rasanya Ai gunakan this application since year 2007 (if Ai not mistaken la).. Satu-satunya nombor h/p yang selalu Ai kesan, dah tentulah my hubby.. Like Ai story in my previous entry, HM selalu tiada di rumah demi tugasnya sebagai anggota keselamatan negara.. Dari awal perkahwinan kami, HM sering outstation.. But now, HM xperlu outstation macam masa di Penang.. Cuma dah memang jadual kerjanya macam tu, menyebabkan dia tak dibenarkan tinggal & tidur di rumah sendiri sepanjang masa dia bertugas.. Pertukaran shift dilakukan selepas seminggu bertugas..
Oleh itu, setiap kali Ai nak tahu HM berada di mana, Ai akan menggunakan aplikasi ni.. Lokasinya akan dikesan berdasarkan pencawang telekomunikasi yang berhampiran dengan orang yang kita cari.. Ai pun xtau dah berapa banyak kredit yang Ai gunakan untuk caj service friend finder tu.. Ai terfikir, kalau tetiba dihentikan perkhidmatan ni, susahlah Ai nak jejak my hubby.. Bukan sebab takut dia joli-joli kat luar (Ai believe & Ai know my hubby xkan buat macam tu), tapi ianya memudahkn Ai mengesan HM tanpa perlu mengganggu dia.. Ye la, kalau pakai calling-calling or mesej-mesej, kena dia tengah bawa motor macamna dia nak jawab phone or reply, kan..huhuhu..
Nota Jari:- Hope aplikasi ni dapat diperbaiki lagi, bagi memudahkan ibu bapa mengesan lokasi anak-anak.. Maklum la, sekarang ni banyak sangat kes culik la, lari dari rumah la dan macam-macam lagi la..
0 ulasan