Tuntutan Perjalanan

by - Tuesday, November 13, 2012

Ai nak story mengenai masalah tuntutan perjalanan Ai yang berlaku pada tahun lepas.. Pada hujung bulan November 2011, Ai perlu menghadiri kursus di UUM selama 2 hari iaitu pada 30 Nov. - 01 Dis. 2011.. Sebelum kursus tersebut, Ai perlu pulang ke kampung kerana menghadiri majlis perkahwinan adik lelaki Ai pada 26 Nov. 2011.. Memandangkan kursus tersebut di buat di UUM, jadi Ai ambil keputusan pergi daripada kampung sahaja (xde la buat penat badan nak balik KL, then pergi pula ke sintok).. Bermakna Ai ada masa untuk rehatkan badan.. So Ai apply cuti dari sebelum kursus & selepas kursus seperti jadual di bawah..

Masalah timbul, apabila Ai nak buat tuntutan perjalanan.. Borang permohonan tuntutan perjalanan Ai di reject oleh MBMiK.. Antara alasan yang diberikan adalah:-

1. Ina tau x vot untuk claim dah xde duit??   xtau coz xde kena mengena dengan Ai..
2. Saya xtau pun Ina nak pergi sendiri.. Klu saya tau, xde la saya suruh yang lain-lain pergi naik kereta!!  ye ke xtau..coz masa sebelum pergi kena booked bilik & bilik untuk Ai memang x di booked pun..
3. Ina betul ke nak claim ni?? Klu Ina nak claim juga, nanti kami kursus kat Sarawak, Ina xboleh ikut..  Ai tanya bila kursus tu, dia kata tahun 2012.. So apa kena mengena claim tahun 2011 dengan tahun 2012??
4. Tak pe lah, Ina bincang dulu dengan husband , esok bagi tau saya keputusan Ina... Tak sempat nak discuss dengan hubby, sebelum balik kerja dapat email dari MBMiK menyatakan Ai xdibenarkan buat tuntutan perjalanan...
Sebenarnya, Ai dah buat semakan dengan unit yang berkaitan sebelum Ai isi borang tu.. Tapi disebabkan dia memang xnak bagi Ai claim so dia putar belitkan fakta.. Unit yang dia maksudkan tu xkata pun, dia je yang kata macam tu..

Hal ni Ai panjangkan kepada pegawai yang menjaga vot.. That officer kata, Ai boleh buat tuntutan perjalanan.. Tentang duit vot dah xde tu, pandai la dia uruskan.. MBMiK hanya perlu t/tangan pada form Ai tu sahaja.. Tapi dia xnak, Ai nak buat macamna?? So Ai diamkan jelah, walaupun bernanah di dalam hati.. Then awal bulan 10 ritu, ada yang bertanya kepada Audit Dalam KPT berkaitan masalah yang hampir sama dengan Ai.. (boleh klik Tuntuntan Perjalanan untuk tahu soalan yang diajukan..)

Tak puas dengan tu, Ai tanya pula pada my sifu (Juruaudit Kanan USM).. Beliau juga kata, Ai layak membuat tuntutan perjalanan.. Dia kata xbaik MBMiK buat macam tu kat Ai.. Benda boleh bagi kenapa kata xboleh, memang xpatut la.. Then dia kata bagi tau la MBMiK, Ai dah bertanya pada USM & USM kata boleh... But masalahnya hal tu last year punya cerita & on that time Ai masih xkenal dengan my sifu.. huhuhu..



Nota Jari: Ai tanya pada HM, kenapa orang suka aniaya Ai?? Tapi HM kata jangan cakap macam tu!! Ai nak tanya kengkawan pula, agak-agak apa sebabnya ye orang suka menganiaya Ai??

You May Also Like



2 ulasan

  1. Ai.. take it positively.. lihat dari sudut/sisi lain.. Allah nak uji Ai.. dugaan sebagai tauladan.. pengajaran.. byk yg boleh kita ambil iktibar.. proses kematangan kehidupan..

    ReplyDelete
  2. Ai sentiasa berdoa, semoga Allah jauhkan sifat/sikap buruk (orang yang menganiaya Ai) tersebut daripada Ai.. Aminnn...

    ReplyDelete