• Home
  • About
  • Contact
  • Book Cafe
  • Disclaimer
facebook twitter instagram Email

Si Pencari Pelangi

Perjuangan Mencari Redha Illahi. Sebuah blog peribadi.

Seperti yang Ai pernah coretkan dalam entry yang terdahulu, my mom disahkan mengidap kanser tulang.. Entry kali ni Ai nak share pemergian mak yang Ai kasihi..
14 Disember 2014
Ai ajak hubby balik rumah mak.. My sis dari hari jumaat ada kat rumah mak coz Atam (adik kedua Ai) dan Mtam nak pergi kenduri kat KL hari minggu tu.. Tak lama lepas Ai sampai, my sis pun beransur untuk balik.. Tiba-tiba, mak sesak nafas.. Mak minta Asu (adik bongsu Ai) menghalakan kipas kepadanya.. Mak minta membetulkan kedudukannya kerana mak teramat sukar untuk bernafas.. Then mak minta HM tolong urutkan perutnya.. Ai pula mengusap dada mak.. 

Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Dah muakkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Dah penat sangat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Rasa nak menjerit... Nak luahkan semua yang terpendam tapi Ai tak mampu atau lebih tepat lagi tak boleh... Walaupu perit untuk ditelan tetap terpaksa ditelan.. Walaupun terlalu pahit untuk diteguk, tetap perlu diteguk....
Adakalanya tertanya-tanya... Kenapa Ai masih hidup sehingga hari ini?? Pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa itu, kenapa ini dan tak kurang juga yang bagi pendapat dan cadangan begitu dan begini.. Namun hakikatnya, persoalan dan cadangan yang diberikan tidak bersesuaian untuk mengatasi masalah yang Ai hadapi..

Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Tengok tajuk macam risau je... hehehe.. okit, Ai bukan nak story tentang ubat-ubatan.. Ai cuma nak share story tentang pentingnya penggunaan alat bantuan untuk memaksa baby HK makan ubat.. huhuhu..
Yang sudu hijau tu, Ai beli tahun lepas.. Senang nak sukat ubat cecair untuk HB.. Masa HB kecik-kecik dulu, kalau demam dapat ubat mesti dapat syringe sekali.. Then tahun lepas, dengan tak sengaja ternampak sudu hijau ni kat guardian.. So sejak ada menda alah tu, Ai memang tak ambil dah syringe yang disediakan..

Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Sebenarnya dah lama Ai berminat dan bercadang untuk memulakan perniagaan.. Since dari 2007 lagi.. Ai juga pernah menghadiri kursus untuk memulakan perniagaan.. Tapi masalah yang Ai hadapi, Ai tidak mempunyai modal.. So terpaksalah Ai melupakan hasrat tu walaupun permohonan Ai untuk menjadi francais sebuah syarikat dobi berjaya pada tahun 2008.. Kerana pinjaman hanya diberikan 90% sahaja..

Keinginan untuk berniaga tidak pernah padam.. Setiap hari, ada sahaja idea untuk memulakan perniagaan.. Namun seperti biasa kengkangannya adalah modal.. 

Pada minggu lepas, Ai telah mengorak langkah untuk memulakan perniagaan online sebagai agen dropship.. Idea menjadi agen dropship telah disarankan oleh seorang rakan yang mengerti kesulitan yang Ai hadapi.. Tujuan Ai menjadi agen dropship bukanlah untuk mencari keuntungan, cuma berharap dapat cover kos perjalanan Ai ke tempat kerja.. Tak dapat cover banyak, sikit pun jadilah... huhuhu.. Ye lah, hampir separuh gaji Ai diperuntukkan untuk kos minyak dan tol.. Permohonan tukar pula, ketua jabatan luluskan dengan pengganti datang serentak.. Maksudnya tak benarkan bertukarlah.. huhuhu...

Share
Tweet
Pin
Share
2 ulasan
(1) - AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur : Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu

(2) - AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:Melepas--kan rasa sakit dalaman

(3) - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.Kepada orang berpenyakit mental
Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Kali ni nak story sad story..huhuhu.. Actually, awal tahun ritu  dalam awal bulan februari, Ai dapat interview di LHDN sebagai pegawai penaksiran.. Masa tu Ai pregnant 8 bulan.. Saja try, kut-kut ada rezeki baby.. Then pertengahan oktober ritu, Ai dapat interview penguasa kastam pula.. Tapi nasib masih belum menyebelahi Ai.. Very sad but Ai akan cuba story in details pengalaman berharga ni untuk tatapan kengkawan.. Dan mungkin berguna kepada viewers blog Ai..

Share
Tweet
Pin
Share
21 ulasan
Terlalu banyak masalah yang perlu Ai tangani kebelakangan ini.. Macam biasalah, apabila Ai terjerut dengan masalah Ai akan kurang mencoret.. Ye lah, bukan semua masalah boleh dikongsi dengan dunia.. Ada masalah yang hanya boleh dikongsi dengan Sang Pencipta sahaja..

Okit, nak story sikit rutin kehidupan Ai sekarang ni.. Sejak tinggal di rumah sewa, Ai perlu uruskan sendiri anak-anak.. Masa duduk rumah mak, pukul 6am Ai terus pergi kerja.. Nanti sebelum pukul 8am, my dad akan hantar HB ke tadika dan hantar baby HK ke rumah pengasuh.. Tengah hari my dad ambil si abang balik tadika dan pastu petang dalam pukul 5pm, my dad akan ambil baby HK dari rumah pengasuh..
Sekarang jadual Ai, pagi bangun pukul 5.10am.. Ai akan mandi bersama HB.. Then siap-siap untuk solat subuh.. Selepas solat subuh, Ai perlu bersiap untuk ke tempat kerja pula.. Baby HK biasanya akan bangun dalam pukul 6am.. Siapkan abang (suruh pakai baju n seluar, sikatkan rambut) dan si adik (kadang-kadang dia poo-poo pepagi buta)..

Sebelum pukul 6.15am, Ai dah keluar dari rumah untuk hantar baby HB ke rumah pengasuh yang selang 2 biji rumah dari rumah Ai.. Then hantar si abang ke rumah my sister.. Dalam 6.30am selesai urusan hantar anak-anak, terus bergerak ke tempat kerja..

Perjalanan adakalanya lancar dan adakalanya tidak.. Ai cukup tak suka kalau terpaksa ikut belakang lori.. Coz pergerakan lori yang slow akan melambatkan perjalanan Ai.. Nak potong, jalan sempit.. Tak yakin sebab tak nampak kenderaan dari arah depan.. So terpaksalah follow, sampai la jumpa jalan 2 lorong.. Tapi bertambah geram bila jalan 2 lorong dan lori tu sengaja jalan kat tengah-tengah antara 2 lorong atau pun sengaja tak nak tukar ke lorong kiri.. Alhamdulillah, Ai masih sampai sebelum pukul 8am.. Walaupun kerap juga la terpaksa emergency break.. Nasib baik la, break Ai tak ada masalah.. Kalau tak mesti dah hentam kereta depan..

Balik pula, biasanya Ai akan sampai dalam pukul 6.45pm.. Sampai je terus pergi ambil si abang kat rumah my sister tapi kalau lewat sangat sampai, Ai akan terus ambil baby HK je.. Then my sister akan hantarkan HB ke rumah Ai.. Sampai rumah, mandi dulu sebelum solat maghrib.. Sementara tunggu solat isyak buat bubur nasi untuk bekalan makan baby HK untuk esoknya.. Ai akan masak guna rice cooker je.. Lepas solat isyak, terus masuk tidur.. Masa tu la, baby HK nak golek-golek manja dan mengada-ngada.. Masa ni juga lah, Ai nak gomoi baby HK puas-puas setelah seharian tinggalkan dia untuk bekerja..hehehe..

Tapi minggu lepas highway jam (depavali holiday, sekolah penang cuti seminggu), tiap-tiap hari dekat pukul 7.30pm baru sampai.. Memang nak menangis je.. Penat di jalan lebih dari penat bekerja.. Ada seorang kawan WhatsApp Ai kata tak usah menangis, Ai yang dia kenal seorang yang tabah.. huhuhu.. Then Ai send this pic to her.. Pic yang menggambarkan keadaan dan perasaan Ai tatkala ini..


Nota Jari: Pic ni Ai guna sebagai pic profile for whatsapp & seangkatan dengannya, juga sebagai wallpaper 'notebook' dan tab..
Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Wowwww..SOGO sale lagi!!! hehehe..Tapi sogo memang selalu sale pun..

Kalau Ai masih stay di KL, mesti ari minggu ni Ai akan buat-buat tanya HB nak naik train (LRT) tak?? Jawapannya mestilah dia nak..HB memang sangat suka naik LRT.. So then, Ai akan suruh HB bodek HM untuk bawa kami jejalan.. 

Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Coretan kali ni, Ai nak story tentang pengorbanan.. Pada bulan Mac yang lalu, Ai ada story sikit tentang my mom yang telah disahkan mengidap kanser tulang dalam entry Doa-doa Untuk Memusnahkan Sel-sel Kanser..

Beberapa minggu sebelum ni, kesihatan mak semakin merudum.. Sebelum Ai berpindah ke rumah sewa, mak masih boleh berjalan.. Tak lama selepas Ai berpindah, mak mula ada masalah pada kaki.. Kemudian, kami buat keputusan, bawa mak tinggal dengan my sister.. Coz rumah my sister and Ai dekat je.. So boleh la nak datang tengok selalu.. Selepas 2 minggu di rumah my sister, mak mula gaduh nak balik ke rumah sendiri.. Katanya, nak mati di rumah sendiri.. Tak ada pilihan coz walaupun selepas dipujuk, mak masih berkeras nak tinggal di rumah sendiri..

Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Okey, keputusan e-Tukar Bukan Guru dah keluar.. Result keluar petang 22/09/2014.. Tapi pertukaran Ai tak diluluskan kerana tiada kekosongan di tempat yang Ai mohon.. Walaupun, dah jangka tapi Ai tetap rasa kecewa sangat..

Memang nak nangis sangat.. Tapi entah kenapa, Ai tak boleh nak menangis.. Takut... Ai takut menangis bermakna Ai telah mempertikaikan qada' dan qadar Ai.. Takut tangisan itu akan menjadi perosak kepada iman Ai..

Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Tak dapat tidak sebagai manusia, kita akan mempunyai perasaan lebih bagus daripada orang lain.. Ada yang dengan nyata bersuluh mempamerkan perasaan begitu.. Namun terdapat segelintir yang masih mengawal perasaan tersebut.. Itulah sifat riak dan ujub..

Tidak kiralah pelajar dari universiti islam sekali pun, masih juga mempunyai perasaan seperti itu.. Ramai yang ingin menunjukkan diri mereka adalah yang terbaik, hebat dan lebih bagus daripada orang lain.. Ai ada coretkan hal ni dalam entry RAGAM..

Alhamdulillah, disebabkan pengalaman bekerja di UPNM, menjadikan Ai tidak cepat melatah dan tidak terkejut dengan perangai manusia yang sebegitu.. Yes, Ai have a degree but Ai work as admin clerck.. Adakah itu terlalu hina?? Ermmm... Rata-rata pegawai memang membeza-bezakan kami.. Seolah-olah kami (anggota pelaksana) tidak setanding mereka.. Walhal, kerani-kerani yang Ai kenal ramai yang mempunyai kelulusan.. Sekurang-kurangnya berkelulusan diploma / STPM dan ada juga yang sedang membuat PJJ.. Hanya peluang masih belum memihak kepada kami..

Tetiba teringat kepada soalan Bahagian C, Exam Online ritu.. Ada soalan; 'Saya tidak gemar bergaul dengan orang yang tidak setaraf dengan saya.'.. Soalan yang lain pula; 'Saya gemar bergaul dengan orang yang penting dalam sesebuah organisasi kerana saya akan kelihatan seperti mereka.'.. Apakah jawapan anda?? Ya, tidak pasti ataupun tidak?? Sekiranya anda seorang pegawai dan hanya bergaul sesama pegawai dan lebih suka memberi arahan kepada kerani.. Ini bermakna jawapan anda adalah YA..

Terdapat juga soalan; 'Saya tidak suka mendengar pendapat orang lain.'.. 'Orang bawahan perlu melaksanakan segala arahan saya.'.. 'Pandangan orang lain tidak akan mempengaruhi keputusan saya.'..

Sekirannya jawapan anda adalah YA bagi semua soalan di atas, anda adalah seorang bossy... Oleh itu, anda akan buat keputusan tanpa meminta pandangan ahli kumpulan.. Walau sekaya manapun anda jangan lupa ada orang masih susah walaupun telah puas berusaha.. Janganlah pula membangga diri dan menganggap doa anda lebih makbul daripada orang lain.. Sehingga kita terlupa pada hadith, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.”

Di sinilah kita boleh lihat, betapa pentingnya beriman kepada qada' dan qadar ALLAH.. Sekiranya semua orang beriman dengan qada' dan qadar, sudah semestinya tidak akan berlakunya penindasan dan penganiayaan terhadap yang lemah.. Serta sedar membantu mereka yang tidak berdaya adalah lebih mulia.. Oleh itu, nilaikan kembali diri anda.. Di manakah darjat anda ketika ini?? Adakah anda lebih berdajat tinggi kerana bergelar pegawai?? Adakah cleaner R&R berdarjat rendah kerana memcuci toilet selepas anda gunakan??


Nota Jari: Tajuk entry dicadangkan oleh HM.. hehehe..
Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Baru setahun yang lepas Ai bertukar dari W.P Kuala Lumpur ke penang.. Sebelum buat permohonan bertukar tu, Ai call dulu PPD kerian dan larut matang, tanya kut ada yang nak tukar sama suka dengan Ai.. Tapi hampa.. Then Ai call pula JPN penang.. Dan Ai dimaklumkan memang ada kekosongan di dalam pulau..

So masa apply online di e-Tukar Bukan Guru (Sila Pastikan Anda Menggunakan Microsoft Internet Explorer), Ai terus mohon ke penang.. Yang penting Ai dapat balik ke kampung..

Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Dalam entry Exam Online: Penguasa Kastam W41, Ai ada story tentang exam online tak berjalan dengan jayanya.. Makanya, ramai calon yang tak puas hati kerana ada sebahagian sahaja dapat menjawab tanpa gangguan server..
Oleh itu, pihak SPA telah mengeluarkan borang aduan online bagi calon yang menghadapi gangguan server untuk mengambil semula exam tersebut.. Exam ulangan bagi yang menghadapi masalah server pada 06/09/2014 yang lalu telah dijalankan secara online (juga) pada 10/09/2014..

Share
Tweet
Pin
Share
1 ulasan
Minggu ni dah 2 hari Ai merempit pergi kerja.. huhuhu.. Kereta problem, tetiba pagi semalam tak boleh nak start enjin..
Sebenarnya, lepas raya ritu, kereta Ai excident masa HM dalam perjalanan nak ambil Ai balik kerja.. huhuhu.. Kena langgar belakang.. Teruk juga la kemeknya.. Yang melanggar sanggup bayar RM200 je kalau nak settled luar.. So Ai ajak buat report polis je la.. Boleh claim insurans.. 
Kenalah hantar kereta masuk bengkel untuk penilaian insurans je.. Lepas agent insurans datang tengok, Ai boleh ambil balik kereta.. Tapi sementara tu, kenalah naik motor pergi kerja.. Sehari je Ai pergi kerja naik motor, esoknya mc 2hari..huhuhu.. Hujan lebat sepanjang perjalanan dari bagan serai ke georgetown.. Memang basah kuyup.. Menggigil kesejukan..

Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Ai memang tak tau johor ada askar sendiri.. Terkejutlah juga coz ada yang mempertikaikan.. Nasib baik ada blog yang menerangkan tentang isu ni.. Ai tanya HM nak tau dia tau tak hal ni.. Almaklumlah, HM kan mantan harimu malaya.. huhuhu.. HM sahkan johor memang ada askar sendiri..

So kat sini, Ai nak copy & paste sejarah mengenai askar johor.. Agar yang tak tahu menjadi tahu, yang tahu pula mengingati dan agar Ai tak lupa lagi.. huhu..

Pic ehsan setelah Ai mencari dalam laci pakcik google..


Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Corat-coret kali ni, Ai nak story tentang exam online SPA.. huhuhu.. Memula punyalah excited bila dapat email, Ai dapat exam online untuk penguasa kastam.. Then bermain pula kat minda (fuhhh, ayat drama ni), layak ke Ai jadi kastam.. Ai kan kurang inci, berat pun kurang..

Share
Tweet
Pin
Share
4 ulasan
Bulan ni terlalu banyak perkara berlaku.. So tak sempat nak mencorat-coret.. huhuhu.. Terhentilah sekejap cerpen hidup Ai.. 

Sebenarnya, sebelum balik cuti raya ritu, HM maklumkan pada Ai yang dia akan berhenti askar.. Dia dah tak nak sambung kontrak sampai 21 tahun.. Ai terkedu la juga masa dengar.. Tapi lelama Ai fikir, tak pelah.. Rezeki kita kan ALLAH yang tentukan.. Pasti ada rezeki dia nanti, untuk menyara Ai dan anak-anak..

So corat-coret kali ni, Ai nak story tentang teratak / tempat berteduh Ai sejak bergelar isteri kepada HM..
Teratak pertama kami adalah di kuarters kem sungai ara, penang.. Dapat rumah yang dah lama tak berpenghuni, tingkat 4.. HM kata tahun tu ramai yang kahwin, so nasib kami lah dapat rumah tu.. (Ai tak nak la story bab scary coz rumah lama.. huhuhu) 

Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Selamat hari raya Aidilfitri 2014.. Sorry lambat wish.. huhuhu.. Banyak problem yang perlu di'settle'kan.. Disebabkan ada request dari pembaca setia, so Ai nak story la sikit alkisah raya tahun ni..

Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Sedar tak sedar, dah 26 hari umat islam berpuasa.. So bermakna lagi 4 hari je lagi, dah nak raya.. Tahun ni, Ai nak beraya di rumah MIL.. Ai dah lama tak beraya di kampung HM.. Rindu sangat nak makan nasi dagang MIL.. Walaupun boleh makan nasi dagang kat mana-mana kedai tapi nasi dagang MIL tetap menjadi pujaan hati Ai.. hehehe..

Share
Tweet
Pin
Share
3 ulasan
Ok, sorry coz lambat buat review tentang pump baru Ai ni.. Errmm, lambat ke?? hehehe.. Sebelum nak review tentulah kena cuba try test dulu sebulan, sekurang-kurangnya.. 

Entry Ceritaku: Breast Pump, Ai ada kata nak sangat beli rechargeable breast pump.. Akhirnya, dapat juga beli breast pump electric.. Ai beli online di momsbreasfeeding.. Harga yang terbaik selepas puas servey.. hehe.. Item pos ke opis coz opis Ai berada di ZON A dalam senarai pos laju..
Buat payment 11.06.2014, esoknya barang sampai..
Share
Tweet
Pin
Share
25 ulasan
Semua orang pasti ada kebiasaan membawa sesuatu.. Ai pun ada benda yang lebih kurang macam wajib kena bawa.. Nak tau apa??
hehehe.. Spect mata memang penting la.. Klu tak rasa dunia ni kabur je.. Tapi klu kat rumah Ai tak pakai pun..
Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Dalam entry sebelum ni, Ai ada story tentang Jauh Perjalanan yang perlu Ai tempuh untuk ke tempat kerja.. Pada bulan ramadhan ni, Ai akan bertolak ke tempat kerja sebelum azan subuh iaitu pada pukul 5.30am.. Ai akan sampai ke opis pada pukul 7.10 - 7.15am..
Ai akan solat subuh di opis.. Ada yang kata, sekarang ni subuh masuk awal so syuruk pun awal la.. Then suruh Ai berhenti solat di hentian juru.. Ada pula yang kata, solat subuh ke solat dhuha?? Errmmm... Bagi yang tak melaluinya, memang mudah berkata-kata...

Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Semalam Ai tak kerja.. EL lagi..huhuhu.. Alkisahnya, pagi tadi Ai tengah bersiap nak pergi kerja selepas bersahur.. Tiba-tiba my mom dapat call daripada my brother.. MIL dia meninggal masa sahur pagi tadi.. 

Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Alhamdulillah.. Dah sebulan Ai kerja selepas bercuti panjang selama 3 bulan.. Dan bermakna dah sebulan juga la Ai berulang alik kerja dari Semanggol ke Georgetown.. Semoga ALLAH mengurniakan kesihatan yang berpanjangan kepada Ai.. Agar Ai dapat terus tabah mengharungi dugaan ini.. 

Kalau ikut pakcik google, perjalanan yang perlu Ai lalui setiap hari adalah 85km.. Cuma anggaran masa tiba tu tak sama dengan Ai.. Coz biasanya Ai akan sampai dalam masa 1jam 45minit.. huhuhu

Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Minggu ni, Ai terpaksa EL 2 hari.. Balik kerja hari rabu ritu, terkejut tengok HB terlentok je, siap pakai kool fever kat dahi.. My mom said, dari balik sekolah badan dia panas.. Lepas mandi berendam dalam besin besar pun tak surut panas badannya.. My mom saja tak call Ai, coz tak nak Ai risau.. Dah la kerja jauh..

Malam tu, 2 beradik tidur awal.. Ai pakaikan kool fever di dahi dan belakang badan HB.. Pastu paksa HB dan HK minum air alkali tinggi ni.. Air ni sesuai diberikan kepada bayi yang demam.. Kalau mengikut kata mantan kaunselor KPM, baby demam coz banyak asid dalam badan.. So bagi minum air alkali bagi meneutralkan semula badan.. Ai aplikasikan pada HB dan HK..

Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Selepas 3 bulan bersalin baby HK, berat badan masih tak turun sepenuhnya.. Sebelum preggy dulu, berat badan Ai around 39-41kg.. Tapi sekarang around 43-45kg.. Almaklumlah, baby HK menyusu badan.. Ai memang jadi kuat makan.. 


Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Masa pregnant HB dulu, memang takde merancang penyusuan HB.. Masa tu tak kerja.. So Ai anggap Ai memang boleh bf dia sampai 2 tahun la.. Masa tu, Ai tak tau pun penting ke tak beli breast pump?? Tapi sesaja nak beli.. hehehe.. Beli yang murah je.. Lepas bersalin, Ai masuk ICU seminggu.. Masa dalam ICU, Miss B memang bengkak la.. Nurse yang jaga Ai minta HM bawakan breast pump.. Nurse la yang tolong pump kan.. Ai memang tak boleh bergerak masa tu.. Selepas 16 hari baru boleh balik rumah.. Tapi masa balik rumah tu, susu pun dah kering..

Share
Tweet
Pin
Share
2 ulasan
Alhamdulillah, pada 11 Jun 2014 tercapai juga hasrat hati Ai nak belikan HB basikal.. 1st time belikan HB basikal masa umur dia 2 tahun setengah.. Memang seronok la dia main basikal.. Disebabkan HB cepat meninggi, basikal yang dulu dah xsesuai untuk HB..

Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Sebelum ni Ai ada story tentang Bio Essence Tanaka White (BETW).. Ai dah lama tak guna BETW coz boleh dikatakan mahal juga la.. huhuhu..
Sekarang ni Ai guna PIXY pula, yang lebih ekonomi dan sesuai dengan kemampuan Ai..
Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Alkisah cuti hari keputeraan Agong, bawa anak-anak jejalan kat tesco taiping.. Masa beratur nak keluar dari parking tetiba berdentum.. Kereta belakang langgar kereta Ai..

Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Wooowwww... Dah lama tak update blog.. huhuhu.. Malas sesangat walaupun banyak sangat story yang nak Ai coret.. Banyak sungguh dugaan dan cubaan daripada tahun lepas.. huhuhu..

Alkisahnya, cuti 3 bulan Ai tamat pada hari ini.. Maka esok bermulalah semula episod memerah keringat mencari rezeki (gaya ayat macam orang kerja noreh getah je.. hehehe).. Setelah puas berfikir dan mengambil kira faktor penjagaan baby HK, maka Ai buat keputusan untuk tinggal di kampung sehingga Ai dan HM dapat tinggal bersama semula.. HM tak dapat tukar penang, nampaknya Ai yang kena berkorban.. Sama ada berhenti kerja or tunggu sampai dapat kerja lain..

Share
Tweet
Pin
Share
6 ulasan
  • Daun bunga melur dan daun pucuk manis

Gilingkan daun bunga melur atau pucuk manis hingga halus dan tampal di keliling payudara di pagi hari. dan jangan lupa cucikan bersih sebelum susukan bayi.
Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Pelbagai dugaan hidup yang perlu diharungi..
Bagaikan lena yang sering diganggu mimpi-mimpi ngeri..
Dinginnya malam menemani hati yang kepiluan..
Tiada luahan yang mampu diungkapkan...
Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Semua makanan ada pro & cons masing-masing. So kita perlu berjaga-jaga with our food intake. Ada makanan yang boleh increase & decrease our milk supply.
Makanan menambah supply susu:
Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Sebelum masuk hospital untuk serah diri bulan lepas, Ai sempat pergi jejalan pasar malam ari sabtu di bayan lepas.. Orang penang mesti tau kat mana pasar malam tu.. hehehe.. Jalan punya jalan, ternampak ada orang jual susu kambing.. Apa lagi, belilah sebotol RM10 (saiz botol air mineral kecil)..

Sekali minum, perghhhhhh.... mmmbbbbeeeekkkkk... Memang sebati bau kambingnya.. Rasa macam direct feeding dengan mak kambing je.. huhuhu.. Tapi hubby paksa minum bagi habis.. Demi baby (mengharapkan baby tak kena jaundis), maka Ai gagah juga la minum bagi habis.. Ni 1st time minum susu kambing fresh.. Sebelum ni, asyik minum hi-goat je..

Masa keluar hospital hari ke-4, baby HK dah ada tanda-tanda jaundis.. Hari ke-8 baru bawa pergi RSAT (coz berpantang di KL).. Tapi RSAT takde kemudahan check jaundis.. Jadi kami dinasihatkan check jaundis di pusat perubatan primer HUKM.. Dipendekkan cerita, baby HK perlu masuk wad..

Macam-macam la usaha untuk mengurangkan jaundis HK.. Dan salah satunya kena minum susu kambing.. Tapi kat KL ni mana nak cari susu kambing.. Dalam kepala otak Ai duk fikir, kat mana kambing nak duduk.. Penuh dengan bangunan tinggi-tinggi je.. Then ada kawan bagi link web NubianGoatsMilk.. Katanya boleh buat penghantaran ke rumah.. Tapi Ai fikir kalau setakat nak order 5 botol, tak kan dorang sanggup nak hantar.. huhuhu..

Share
Tweet
Pin
Share
10 ulasan
Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi tentu pernah sekurang-kurangnya sekali mengalami masalah ini. Hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja tahu kesakitan yang perlu ditanggung. Bagaimana cara mengatasi masalah ini? Dapatkan maklumat lanjut di bawah.

Biasanya apabila sudah terjadi bengkak susu, cara mengepam payu dara tidak dapat menyelesaikan masalah. Seolah-olah saluran susu itu tersumbat hingga menyebabkan susu yang dipam tidak keluar. Hanya hisapan secara langsung daripada bayi sahaja dapat menghilangkan masalah bengkak susu.

Ingatlah bahawa payu dara bengkak adalah tanda yang positif, iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk bayi anda. Masalah bengkak susu disebabkan oleh
hormon lacta (hormone susu) banyak dihasilkan pada waktu tengah malam hingga ke subuh.

Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Dah lama Ai tak story tentang anak sulong Ai.. Ok, HB dah jadi abang sekarang ni.. Dari mula Ai preggy lagi, HB dah mula membiasakan dirinya dengan panggilan ABANG.. Memula tu agak janggal juga la, Ai nak tukar panggil dia dari HAMY ke ABANG.. Tapi lelama, dah biasa nak panggil dia dengan nama HAMY pula Ai rasa janggal.. huhuhu.. Dengan sesiapa pun HB akan membiasakan dirinya sebagai abang.. Tapi jangan sesekali panggil dia, ABANG LONG.. Pasti dia membebel tak puas hati.. "Ni abang Hamy la.. Bukan abang long.. Abang kurus bukannya gemuk.. Mana boleh jadi abang long..".. Tu antara ayat bebelannya.. Alkisahnya, paklong dia (abang sulong Ai) gemuk, so HB anggap along mesti orang gemuk.. huhuhu..

Ok, tinggalkan bab yang tu.. Sebenarnya Ai nak story tentang penyusuan HB.. HB dah besar sekarang ni.. Dah ada perasaan malu minum susu.. Dia anggap minum susu tu memalukan memandangkan dia dah sekolah (tadika).. So puas la, Ai pujuk supaya dia mahu minum susu.. Antaranya, Ai belikan training mug.. Memula dia taknak juga minum susu.. Tapi balik dari taska minta Ai bancuhkan susu.. Bila tanya kat taska minum susu tak?? Dia jawab, dia malu sebab dia bukan budak kecil lagi.. huhuhu.. Terpaksalah kata; nak malu apa?? tu bukannya botol susu.. tu memang botol untuk kanak-kanak macam dia untuk minum susu.. Then barulah dia faham.. huhuhu.. Dia malu minum susu kat depan orang yang dia tak biasa je.. Kalau kat rumah, dia masih minum susu..


Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan

Bayi yang baru lahir adalah sangat sensitif terhadap perubahan persekitaran. Terdapat beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang penjagaan bayi baru lahir. Terdapat banyak perkara yang masih belum berfungsi dengan sempurna ketika bayi baru dilahirkan. Seseorang bayi itu memerlukan beberapa minggu untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru setelah 9 bulan berada di dalam rahim ibunya.

Seram sejuk 
Apabila anda memegang tangan atau kaki bayi anda, anda akan berasakan betapa sejuknya tangan dan kaki mereka. Ini adalah kerana sistem peredaran darah bayi anda belum sempurna dan ini tidak bermakna bayi anda berasa sejuk. Warna kulit bayi anda juga akan berubah. Terdapat juga bulu pada badan yang akan gugur dari semasa ke semasa. Anda juga akan melihat tompok-tompok merah seperti ruam di hidung dan beberapa bahagian badan yang lain. Perkara-perkara ini akan hilang apabila bayi anda semakin membesar.

Baby HK; yang ni, Ai kurang perasan pada badan baby HK..

Kulit kering seluruh badan
Kebanyakan bayi baru lahir akan mengalami kulit kering yang mengelupas, seperti ular bersalin kulit. Ini adalah proses semulajadi dan tidak memerlukan krim atau losyen yang khas. Kandungan minyak yang dihasilkan oleh kulit bayi tidak begitu stabil lagi, dan penggunaan losyen akan mengganggu kestabilan tersebut. Apa yang penting adalah senantiasa menjaga kulit bayi agar sentiasa bersih. Bintik hormon Bintik hormon adalah bintik-bintik merah yang terdapat pada badan bayi di beberapa bulan pertama kelahirannya. Ini adalah berpunca daripada hormon si ibu yang terdapat di dalam susu ibu yang diberikan kepada bayi. Bintik hormon ini akan hilang apabila bayi anda semakin membesar. 

Baby HK; perasan kulit baby HK kering tapi tak berani nak sapu losyen..

Penjagaan pusat
Basuh pusat bayi anda dengan air dan pastikan ia selalu bersih dan kering. Tali pusat bayi anda tidak mempunyai saraf, oleh itu bayi tidak akan merasa sakit apabila anda membersihkannya. Tali pusat tersebut akan tercabut dengan sendirinya selepas 8 ke 12 hari kelahiran. Adalah menjadi kebiasaan sekiranya tali pusat tersebut berdarah atau berbau sedikit. 

Baby HK; dah tanggal tali pusat pada hari ke-4, iaitu hari keluar wad.. Masa nak keluar wad tu, nampak tali pusat dia tinggal sikit je lagi nak tanggal.. Sampai je rumah, tengok tali pusatnya dah takde.. Tak tau jatuh kat mana.. huhuhu..

Susu badan bayi baru lahir
Kelenjar susu bayi baru lahir boleh menghasilkan susu. Ini adalah berpunca daripada hormon si ibu yang terdapat di dalam susu ibu yang diberikan kepada bayi. Bayi anda akan turun berat badannya. Kebanyakan bayi akan kehilangan berat badan pada tiga atau empat hari pertama selepas lahir. Susu ibu tidak keluar dengan sempurna dan bayi akan kehilangan berat badan ketika itu. Bayi akan kembali dengan berat badan semasa lahir selepas dua minggu kelahiran. Bidan anda akan mencatatkan berat bayi anda dari semasa ke semasa untuk memastikan bahawa bayi anda bertambah berat badannya dan penyusuan badan berjalan dengan lancar. 

Baby HK; sebelum bersalin ritu, Ai tak sempat belajar teknik penyusuan yang betul.. So akibatnya, nipple Ai melecet disebabkan salah teknik.. Bayangkan dari 1st day bagi susu, 3rd day baru tau salah teknik penyusuan dan susu dah mula bengkak masa tu.. Bila nurse tunjuk cara perah susu, tengok-tengok yang keluar susu colostrums.. So maknanya, selama 3 hari tu baby HK tak minum susu.. Dia cuma menghisap tapi tak keluar susu kerana salah teknik..

SUMBER 

 Nota Jari:  Terjumpa artikel ni, so Ai copy untuk rujukan pada masa akan datang..

Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Sorry sekarang Ai dah jarang update blog.. Sejak preggy, rasa malas sangat nak duduk ngadap notebook.. huhuhu.. Untuk pengetahuan kengkawan, Ai dah selamat bersalin pada 10 Mac 2014.. Alhamdulillah, dapat baby boy yang comel dan sihat.. Lahir pada 38 weeks secara caesarean.. Ai yang request coz senang HM nak minta cuti.. Kalau tunggu Ai sakit baru dia balik, Ai takut dia tak sempat sampai.. Maklum la KL - Penang, bukannya dekat..

So lepas dapat tarikh tu, Ai dah bagi tau my mom nak tinggal HB di kampung coz Ai akan bersalin di Penang.. Takdir Allah tak siapa boleh lawan, pada 22/02/2014 my mom di masukkan ke hospital taiping.. 2 hari kemudian, doc mengesahkan my mom mengidap kanser tulang.. Ya Allah, besar sungguh dugaan yang perlu Ai tanggung.. Ai ambil cuti bersalin awal 2 minggu dari tarikh bersalin atas nasihat kengkawan opis.. Lagi pun, Ai pun dah tak de semangat nak kerja.. Fikiran serabut sangat..

Dipendekkan cerita, pada 09/03/2014 Ai masuk wad bagi persediaan untuk czer esoknya.. Pada 10/03/2014 pukul 8.15am Ai di tolak ke bilik bedah.. Ai diminta duduk memeluk bantal dan pakar bius membius di belakang Ai.. Selepas dibius, Ai rasa ngantuk sangat (pada hal bius separuh badan je).. So Ai pejamkan mata tapi dapat rasa juga doc godek perut Ai cuma tak rasa sakit la.. Tetiba Ai dengar bunyi baby nangis.. Macam tak percaya my baby dah dikeluarkan dari my tummy.. Selepas nurse bersihkan apa yang patut, baby diletakkan di atas dada Ai untuk diberikan susu tapi takde reaksi.. Baby pun ngantuk macam Ai juga..

Dah selesai semua barulah Ai disorong keluar ke HDU sementara menunggu kesan bius hilang.. Masa di HDU hubby masuk untuk azankan baby.. Hari tu, Ai & baby asyik tdo je.. 4 hari selepas pembedahan baru Ai dibenarkan pulang ke rumah.. Dari hospital kami terus pulang ke kampung Ai di perak.. Hari ahad, kami bergerak balik ke KL kerana HM yang akan jaga Ai berpantang..

Hari isnin bawa baby pergi ke klinik tentera tapi dorang takde kemudahan untuk cek kuning.. So kami perlu bawa baby cek kuning di klinik premier hukm Bandar Tasik Selatan.. Result hanya akan diketahui pada lewat petang.. Then kami pergi ke JPN Bandar Tun Razak untuk daftar kelahiran baby.. Kami namakannya Farhathafiy Nur yang bermaksud Kegirangan (bagi) Yang memuliakan Cahaya.. Tapi di blog ni, Ai akan gunakan namanya sebagai Harimau Kumbang (HK).. hehehe..
 Petang tu, dapat call dari klinik premier HUKM, baby perlu masuk wad coz kuning tinggi..

HB tak boleh masuk ke dalam NICU, so HB kena tunggu kat luar NICU sambil main game selama 3 hari..
Akhirnya, pada hari ke-3 baby HK dibenarkan pulang ke rumah.. Terubat rindu HB pada HK..
Baby HK akan tidur setiap kali selepas menyusu.. Semoga HK akan terus sihat dan membesar dengan baik.. And hope luka czer Ai akan pulih seperti sediakala tanpa masalah.. Aminnnnn...



Nota Jari: huhuhu.. Sakit punggung duduk lelama..
Share
Tweet
Pin
Share
2 ulasan
Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik.... Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya

SUMBER



Nota Jari: Kami adik beradik bacakan doa-doa ni pada air zam-zam untuk beri pada mak.. Semoga mak cepat sembuh..
Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Last 2 week, Ai pergi check-up kat GH.. Memang every month kena pergi check up kat GH coz history bersalin HB yang dasyat.. hehehe..
So masa check-up tu, selepas berbincang dengan doc, Ai request bersalin czer and doc pun setuju coz nak prevent dari berulangnya kes masa bersalin HB dulu.. So senang la HM nak apply cuti kalau dah tau tarikh.. Kalau tunggu sakit, baru dia nak balik, takut dia tak sempat sampai pula.. Ye la dari KL - Penang, jauh juga tu..

Alkisahnya, 09/03/2014 dah kena gi serah diri kat hospital penang.. Dan czer akan dilakukan pada 10/03/2014.. huhuhu.. Rasa seram je.. Tapi rasa tak sabar sangat nak peluk si kecil.. Si kecil yang dulu dah besar, sekarang HB dah nak masuk 6 tahun.. So kami memang rindu sangat pada bau bayi.. Memang ternanti-nanti kehadiran orang baru yang akan jadi kawan kepada HB dan penambah seri dalam keluarga kecil kami..

Scan last month doc, dah bagi tau jantina baby.. Actually, Ai yang beriya tanya nak tau gender baby..hehehe.. So nama dah cari la.. Sebelum scan tu HB asyik carikan nama gegirl je.. Coz dia nak adik perempuan.. Hahaha.. Lawak pun ada juga.. Umur baru nak masuk 6 tahun, dah pandai carikan nama untuk baby yang akan lahir.. Bila doc kata baby boy, dia kata baby masuk geng dia & abi.. Umi je tak de geng.. Then dia suruh umi preggy lagi, supaya dapat baby girl untuk jadi geng umi.. huhuhu..



Nota Jari: Harap kengkawan dapat doakan keselamatan Ai & baby, ye.. Dan semoga semuanya berjalan dengan lancar...
Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Sejak preggy ni, Ai dah jarang sangat mencoret.. HM masih belum dapat tukar ke penang.. So, Ai & HB je di penang.. Memang sedih.. Tapi nak nangis pun tak guna juga.. Tangisan tu tak kan dapat merubah takdir.. Hanya mampu memujuk hati untuk redha..
Last week, bawa HB main laut di Batu Feringghi..
Sedar tak sedar, dah masuk trimester ke-3..Sekarang dah masuk 32w bersamaan 8 bulan.. Tak sabar nak tunggu baby lahir bulan Mac nanti.. HB pun sangat sayangkan baby.. Dah siap carikan nama untuk baby.. hehehe.. Setiap malam sebelum tido, si abang akan pastikan baby selesa untuk tido.. Si abang akan letak bantal kecil di kanan & kiri perut umi supaya bila umi mengiring, ada bantal lembut menyokong si baby..

Alhamdulillah, walaupun jauh dari HM, HB pandai bawa diri.. Maksudnya walau xbanyak membantu tapi dia xmenyusahkan Ai.. Kalau dia tengok, Ai kepenatan balik kerja, dia akan biarkan Ai berehat dan tawarkan diri untuk sapukan minyak dan urutkan..



Nota Jari: Banyak yang Ai nak story tapi bila ada kat rumah, memang seronok nak baring je.. Lagi pun sekarang ni, Ai selalu sakit kat pinggang hingga ke tulang punggung.. huhuhu..
Share
Tweet
Pin
Share
2 ulasan
Newer Posts
Older Posts

About me

Umi kepada Hamy, Hafiy dan Hana.. Isteri kepada encik kanda, MSI.. Mempunyai ijazah sarjana muda perbankan (kepujian) dan bekerja sebagai kerani kewangan.. Ini adalah kisah suka duka perjalanan hidup Ai..

Follow Me

  • facebook
  • twitter
  • instagram

Followers

Facebook

Sponsor

Popular Posts

  • Alas Sofa Patchwork..
  • Penjagaan Bayi Baru Lahir...
  • Pengalaman Temuduga: LHDN vs KASTAM..
  • BILLU
  • Rimas - The Fabulous Cat
  • Permulaan Baru
  • e-Tukar Bukan Guru...

Blog Archive

  • ►  2021 (3)
    • ►  March 2021 (1)
    • ►  January 2021 (2)
  • ►  2020 (10)
    • ►  July 2020 (1)
    • ►  June 2020 (1)
    • ►  May 2020 (1)
    • ►  April 2020 (4)
    • ►  March 2020 (1)
    • ►  January 2020 (2)
  • ►  2019 (1)
    • ►  May 2019 (1)
  • ►  2018 (74)
    • ►  December 2018 (1)
    • ►  October 2018 (7)
    • ►  September 2018 (3)
    • ►  August 2018 (6)
    • ►  July 2018 (2)
    • ►  June 2018 (12)
    • ►  May 2018 (11)
    • ►  April 2018 (9)
    • ►  March 2018 (14)
    • ►  February 2018 (3)
    • ►  January 2018 (6)
  • ►  2017 (45)
    • ►  December 2017 (1)
    • ►  October 2017 (1)
    • ►  September 2017 (6)
    • ►  August 2017 (2)
    • ►  July 2017 (2)
    • ►  June 2017 (2)
    • ►  May 2017 (3)
    • ►  April 2017 (4)
    • ►  March 2017 (8)
    • ►  February 2017 (9)
    • ►  January 2017 (7)
  • ►  2016 (50)
    • ►  December 2016 (4)
    • ►  November 2016 (3)
    • ►  October 2016 (2)
    • ►  September 2016 (2)
    • ►  August 2016 (2)
    • ►  July 2016 (5)
    • ►  June 2016 (2)
    • ►  May 2016 (6)
    • ►  April 2016 (4)
    • ►  March 2016 (14)
    • ►  February 2016 (3)
    • ►  January 2016 (3)
  • ►  2015 (30)
    • ►  December 2015 (1)
    • ►  November 2015 (2)
    • ►  October 2015 (2)
    • ►  September 2015 (3)
    • ►  August 2015 (2)
    • ►  July 2015 (4)
    • ►  June 2015 (6)
    • ►  May 2015 (6)
    • ►  April 2015 (1)
    • ►  March 2015 (1)
    • ►  January 2015 (2)
  • ▼  2014 (43)
    • ▼  December 2014 (3)
      • Pergi Tak Kembali...
      • Mencari Kesempurnaan Dalam Kekurangan....
      • Medicine Nurser...
    • ►  November 2014 (3)
      • Perniagaan Online!!!
      • RAHSIA SURAH AL-FATIHAH
      • Pengalaman Temuduga: LHDN vs KASTAM..
    • ►  October 2014 (3)
      • Di Sebalik Senyuman...
      • SOGO KL...
      • Salam Aidiladha 2014...
    • ►  September 2014 (7)
      • Merelakannya: e-Tukar Bukan Guru
      • Darjat Hamba...
      • e-Tukar Bukan Guru...
      • Peluang Kedua: Exam Online
      • Harta Yang Dipinjamkan....
      • Johor Ada 'Askar Sendiri'...
      • Online Exam: Penguasa Kastam W41
    • ►  August 2014 (2)
      • Teratak Kami...
      • Raya Aidilfitri 2014
    • ►  July 2014 (5)
      • Lagu Raya....
      • Review: MALISH Breast Pump
      • Personal Thing...
      • Keluhan Hati...
      • Kembali Pada-Nya....
    • ►  June 2014 (7)
      • Jauh Perjalanan.....
      • Demam Rindu...
      • Heinz: Apple Biscotti Snack
      • Ceritaku: Breast Pump...
      • HB: Basikal Baru...
      • PIXY Truly Asian Beauty...
      • Kena Hentam!!!
    • ►  May 2014 (3)
      • Sumber Kekuatan Ai...
      • Petua: Banyakkan Susu Ibu..
      • Cinta vs. Masalah...
    • ►  April 2014 (3)
      • Petua: Tabiat Pemakanan Mempengaruhi Penghasilan S...
      • Alkisah: Susu Kambing...
      • Petua Atasi Bengkak Susu...
    • ►  March 2014 (4)
      • HB: EzyMix Shacker!!!
      • Penjagaan Bayi Baru Lahir...
      • Hadirnya Kegirangan....
      • DOA-DOA UNTUK MEMUSNAHKAN SEL-SEL KANSER....
    • ►  February 2014 (1)
      • Penantian: Lagi 2 Minggu....
    • ►  January 2014 (2)
      • Preggy Trimester 3
  • ►  2013 (74)
    • ►  November 2013 (5)
    • ►  October 2013 (4)
    • ►  September 2013 (4)
    • ►  August 2013 (4)
    • ►  July 2013 (4)
    • ►  June 2013 (8)
    • ►  May 2013 (9)
    • ►  April 2013 (8)
    • ►  March 2013 (9)
    • ►  February 2013 (10)
    • ►  January 2013 (9)
  • ►  2012 (67)
    • ►  December 2012 (16)
    • ►  November 2012 (14)
    • ►  October 2012 (8)
    • ►  September 2012 (7)
    • ►  August 2012 (9)
    • ►  July 2012 (8)
    • ►  June 2012 (2)
    • ►  May 2012 (2)
    • ►  March 2012 (1)
  • ►  2011 (12)
    • ►  November 2011 (1)
    • ►  September 2011 (2)
    • ►  July 2011 (2)
    • ►  June 2011 (2)
    • ►  May 2011 (2)
    • ►  April 2011 (1)
    • ►  February 2011 (2)

Categories

  • Dapur Ai
  • M02B
  • Online Bookcafe

Contact Form

Name

Email *

Message *

Download


Created with by ThemeXpose